Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji calon UMNO untuk menyokong presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri, yang tular.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji calon UMNO untuk menyokong presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri, yang tular.
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata SPRM ada menerima laporan berhubung penularan surat aku janji berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
“Kami buka kertas siasatan berhubung perkara ini kerana ia merupakan satu kesalahan salah guna kuasa, dikatakan ada calon pilihan raya ini dipaksa tandatangan untuk menyokong seseorang menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada Bernama hari ini.
Tular aku janji dengan kepala surat UMNO yang memaparkan tandatangan Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan Barisan Nasional yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai perdana menteri.
Azam berkata SPRM akan memanggil pihak yang berkaitan bagi membantu siasatan kes terbabit.
Beliau berkata antara yang akan dipanggil adalah Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang namanya disebut dalam aku janji itu.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Shamsul Anuar, yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Azizan Md Zain membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini hari ini berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji itu.
Azizan berkata pihak polis diminta menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes berkenaan kerana surat aku janji itu adalah palsu.
Pasukan undang-undang BN Comms pula membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penularan surat aku janji itu secara dalam talian hari ini.
Setiausaha BN Comms Dazma Shah Daud berkata sebarang penyebaran maklumat BN hanya akan dikeluarkan melalui platform rasmi BN, BN Comms dan UMNO Online.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager