SULTAN SELANGOR TITAH PERBEZAAN PENDAPAT ANTARA MUFTI, AGAMAWAN HANYA DIBINCANG DALAM MUZAKARAH
Sultan Sharafuddin menasihati agar perbalahan yang terjadi antara ulama-ulama tersebut tidak seharusnya menjadi tontonan orang awam kerana perkara berkenaan hanya akan merendahkan kewibawaan golongan itu sendiri.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan bergambar kenangan bersama barisan mufti setiap negeri ketika hadir merasmikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam hari ini. -fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah supaya sebarang perbezaan pendapat antara mufti dan agamawan hanya dibincangkan di dalam muzakarah dan tidak dibawa keluar dari ruang perbincangan itu.
Sultan Sharafuddin menasihati agar perbalahan yang terjadi antara ulama-ulama tersebut tidak seharusnya menjadi tontonan orang awam kerana perkara berkenaan hanya akan merendahkan kewibawaan golongan itu sendiri.
“Beta menasihatkan para mufti yang berada di dalam dewan ini untuk sentiasa menghindarkan diri daripada perbalahan agama di ruang awam, lebih-lebih lagi jika isu yang berbangkit telah kita putuskan secara bersama dalam ruang muzakarah.
“Sebab itulah, sepanjang 2022, satu daripada isu yang membangkitkan rasa dukacita beta ialah perbalahan tentang keputusan muzakarah bagi Tarekat Naqsyabandi al-Aliyyah pimpinan Sheikh Nazim al- Haqqani,” titah baginda pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi MKI bertitah isu tersebut tidak sepatutnya dipanjangkan lagi kerana telah diputuskan secara konsensus oleh para mufti dan ahli muzakarah yang hadir pada 2020 di Kuantan, Pahang yang memutuskan selepas kajian semula, tarekat itu boleh diamalkan oleh pengikutnya.
Sultan Selangor juga bertitah agar Jawatankuasa Muzakarah merangka peraturan dan adab perbezaan pendapat antara ahli-ahli Jawatankuasa Muzakarah.
“Sekiranya ada mufti atau ahli yang memilih pendapat yang tidak mengharuskan sesebuah amalan yang terjadi khilaf dalam kalangan ulama terdahulu, setidak-tidaknya perlu ada Adabul Ikhtilaf, sikap ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dan beradab dalam berbeza pendapat,” titah baginda.
Baginda bertitah sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI hanya boleh dibuat oleh Pengerusi Muzakarah bagi menjamin integriti dan kepercayaan rakyat terhadap Jawatankuasa Muzakarah MKI.
“Tiada pihak lain termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh membuat kenyataan berkenaan.
“Ini penting untuk memastikan agar keputusan muzakarah di peringkat kebangsaan dan fatwa di peringkat negeri tidak dipengaruhi unsur-unsur politik kepartian. Jakim hanya bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Muzakarah MKI,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin juga menegaskan bahawa apa-apa keputusan muzakarah yang dikeluarkan hendaklah juga mengambil kira hak-hak dan kepentingan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seperti yang dijamin secara sah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Ajaran Islam sebagai agama yang murni dan memberi rahmat kepada semua termasuklah yang bukan Islam hendaklah sentiasa ditonjolkan,” titah baginda. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked