Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK DERA KANAK-KANAK AUTISME DISAMBUNG REMAN

DALAM NEGARA

SUSPEK DERA KANAK-KANAK AUTISME DISAMBUNG REMAN

AMPANG: Seorang wanita warga Singapura yang merupakan suspek kes dera kanak-kanak lelaki autisme disambung reman hingga 8 Oktober ini.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata lanjutan tempoh reman suspek yang juga pengurus sebuah pusat asuhan di Ampang itu bagi membantu siasatan polis.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952.

Semalam Mohamad Farouk memaklumkan lima saksi telah dipanggil bagi dirakam kenyataan berhubung kes terbabit.

Sebelum ini tular video suspek dilihat mengasari seorang kanak-kanak autisme kerana mangsa mengelak untuk makan.

Kejadian pada 1 Oktober lalu itu disedari ibu bapa mangsa selepas menemukan kesan lebam pada anak mereka.

Bapa masa kemudian bertindak melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan melaporkan kejadian itu kepada polis dan suspek telah ditahan pada 3 Oktober. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading