SYARAT UJIAN ASAS FARDU AIN, BACA AL-FATIHAH AKAN DIPERLUAS KE INSTITUSI MARA YANG LAIN
LUMUT: Ujian asas fardu ain dan kelancaran bacaan al-Fatihah sebagai syarat wajib memasuki institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang lain.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika bertemu pengamal media ketika hadir merasmikan Pusat Hidrodinamik Wave Tank di Universiti Kuala Lumpur kampus Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) pada lawatan kerja hari ini. — Bernama
LUMUT: Ujian asas fardu ain dan kelancaran bacaan al-Fatihah sebagai syarat wajib memasuki institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang lain.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata syarat tersebut, perlu disokong ibu bapa kerana ia diyakini melahirkan pelajar berdisplin dengan nilai kerohanian yang tinggi.
“Saya menyokong saranan jika syarat ini dikenakan ke atas semua pelajar bukan hanya di GiatMARA, tetapi juga instutisi lain seperti IKM (Institut Kemahiran MARA), dalam Islam soal syahadah ini bukan paksaan tetapi kewajipan, alangkah baiknya selain menjadi ahli profesional, mereka juga menjadi ahli ibadah,” katanya pada sidang media selepas melawat Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET), di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan (BH) Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pelajar kemasukan baharu di 232 institusi TVET GiatMARA, diwajibkan melalui ujian asas fardu ain termasuk kelancaran bacaan al-Fatihah.
Asyraf dipetik berkata beliau mengarahkan ujian khas terbabit diperkenalkan berikutan ada dalam kalangan pelajar institusi itu dikenal pasti lemah dalam aspek agama.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata syarat tersebut tidak terpakai dan bukan paksaan kepada pelajar agama lain, justeru ia tidak perlu menjadi isu dan ibu bapa selain Islam tidak perlu khuatir mengenainya.
“La iqra hafiddin (tidak ada paksaan dalam agama (Islam), lakum dinukum waliyadin, bagiku agamaku dan bagimu agamamu,” katanya.
Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara itu berkata mulai tahun lepas semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) juga telah memperkenalkan program Ulul Albab tanpa mengenepikan kepentingan matapelajaran yang lain.
Beliau berkata program itu mendapat sokongan ibu bapa, selain melahirkan pelajar lebih mempunyai disiplin dan kerohanian tinggi serta cepat menangkap pembelajaran yang diajarkan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked