Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYARIKAT DARI CHINA SUMBANG 10,000 PELITUP MUKA KEPADA AGENSI MEDIA, PELANCONGAN

DALAM NEGARA

SYARIKAT DARI CHINA SUMBANG 10,000 PELITUP MUKA KEPADA AGENSI MEDIA, PELANCONGAN

KUALA LUMPUR: Tiga syarikat korporat, termasuk dua dari China, menyumbang 10,000 pelitup muka kepada agensi pelancongan dan syarikat media, termasuk AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) hari ini.

Tiga syarikat terbabit adalah Othree Management Sdn Bhd dan Malaysia dan International Communication Department Omnimedia Center of Xinhua Daily dan Nanjing Hai Chun Cultures dan Media Limited dari China.

Turut menerima sumbangan itu adalah agensi pelancongan dan perhotelan iaitu Persatuan Pengusaha Hotel Malaysia (MAHO) dan Persatuan Penganjur Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS).

Pengarah Othree Management Sdn Bhd, Kenneth Chen berkata, selaku syarikat pelancongan yang menganjurkan Fish Tales Cup Series, pihakya terpanggil untuk membekalkan pelitup muka yang juga keperluan semua pihak dalam mendepani wabak COVID-19.

“Ini adalah bantuan fasa pertama, banyak lagi akan dihantar selepas ini,” katanya selepas majlis penyerahan 10,000 pelitup muka di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris yang menerima sumbangan bagi pihak TV AlHijrah menyifatkan sumbangan itu sebagai melangkaui bangsa dan agama.

“Jadi bila kita bersama menentang wabak ini, kita berjumpa semula rakan-rakan dan juga industri yang mana mereka memahami kesan COVID-19 kepada industri perkhidmatan utama seperti TV AlHijrah,” katanya.

Pengarah (Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran) Kumpulan MOFAZ, Datuk Zulkifli Mohamad berkata pihaknya bertindak sebagai penghubung dalam industri pelancongan dan hospitaliti bagi menjayakan program hari ini. – AlHijrah Online/ Siti Baizura Mohd Shafiee    


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading