KUALA LUMPUR: Edisi kelima World #QuranHour yang disiarkan secara langsung dari Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah hari ini disifatkan sebagai berimpak tinggi meskipun tidak dianjurkan secara besar-besaran seperti tahun-tahun sebelumnya.
Ini kerana program penghayatan al-Quran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas itu disiarkan secara meluas di platform televisyen dan digital TV AlHijrah selain turut disiarkan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV dan Astro Oasis.
Ia turut disiarkan British Muslim TV dan dianjurkan secara serentak bermula jam 12 tengah hari tadi waktu Malaysia selama sejam di 13 negara, termasuk di Indonesia, Brunei, Filipina, United Kingdom, China, India, Australia dan Turki.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan edisi terkini World #QuranHour dengan misi surah Ar-Rahman itu sebagai program high touch, high impact yang menyatukan umat Islam memahami dan menghayati al-Quran.
Katanya, cabaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak COVID-19 menjadi satu hikmah apabila ia memberi peluang orang ramai menyertai dan menghayati program itu di rumah.
“Kita bersyukur kita dapat laksanakan World #QuranHour dengan konsep berbeza ketika PKPB ini.
“Kita tidak dapat buat acara besar-besaran kerana PKPB tetapi Allah swt permudahkan dengan gabungan empat stesen televisyen utama negara menyiarkan program tersebut secara langsung hari ini,” katanya kepada pemberita selepas siaran langsung World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris; Ahli Lembaga Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ahmad Yani Abd Manaf; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff dan Pengarah (Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran) Kumpulan MOFAZ, Datuk Zulkifli Mohamad.
Edisi terkini World #QuranHour yang berlangsung secara serentak di 13 negara itu membawa misi Surah Ar-Rahman (55:1-78) sebagai solusi untuk mengembalikan keharmonian global “Reboot Global Harmony”.
Melalui program itu, semua pihak yang mengikutinya menghentikan aktiviti lain dan membaca al-Quran serta memahaminya melalui tadabur selama sejam bermula jam 12 tengah hari yang dikendalikan pentadabur, Ustaz Fazrul Ismail ditemani qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
Pentadabur Indonesia, KH Bachtiar Nasir turut menjayakan program secara langsung itu, yang dihoskan bersama pengacara TV AlHijrah, Hanan Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Hussamuddin yang juga Pengerusi TV AlHijrah berkata kejayaan World #QuranHour hari ini disumbangkan program #QuranTime yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah bermula 20 Mac lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa kerajaan.
“Saya rasa dari segi impak lebih luas. Tahun ini kita terkurung dan dalam masa dua bulan ini berjuta orang dah saksikan program #Qurantime dan momentum itu, kita sudah bina.
“Kalau kita tidak dapat capai 1.4 bilion penonton (seperti dicapai melalui media sosial pada tahun sebelumnya), kita dapat sebarkan kepada lima juta orang pun sudah memadai kerana mereka (penonton) betul-betul fokus kali ini,” katanya.
Dalam ucapan penghargaannya kepada tim TV AlHijrah kemudiannya, Hussamuddin juga menyifatkan program World #QuranHour sudah menemui “rumahnya” iaitu TV AlHijrah dengan kejayaan penganjuran #QuranTime dan edisi terkini acara tahunan World #QuranHour itu.
“TV AlHijrah kena jadi centre kepada content TV berasaskan al-Quran untuk mengubah orang (audiens),” kata Hussamuddin turut menyampaikan mushaf al-Quran kepada ketua-ketua jabatan TV AlHijrah sebagai tanda penghargaan kejayaan penganjuran program kali ini.
Namanzee berkata sebagai sebuah stesen TV Islamik, TV AlHijrah memahami tanggungjawabnya untuk memperkasakan program berlandaskan al-Quran dalam mendekati kelompok audiens di dalam dan luar negara.
“Bagi kita World #QuranHour bukan sekadar acara tahunan, ia lebih dari itu,” katanya menyifatkan World #QuranHour dan #QuranTime sebagai medium untuk umat Islam menghayati isi kandungan al-Quran.
World #QuranHour dimulakan sejak 2015. Sehingga tahun lalu, ia diadakan di lebih 3,000 lokasi berdaftar di seluruh Malaysia selain 300 lokasi lain di 76 negara dengan capaian 1.46 bilion di media sosial. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali & Zaim Zamani
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
SHAH ALAM-Seramai 250 kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengikuti World #QuranHour melalui Aplikasi Google Meet yang dihostkan oleh Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UITM Shah Alam pada hari ini.
Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam, Ustaz Mohd Faizan Tajuid berkata, program tersebut merupakan tahun ke 4 dianjurkan di Kampus Induk UiTM.
“Kelainan penganjuran World #QuranHour UiTM pada kali ini, walaupun dianjurkan secara maya, sesi berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal dapat diadakan di tempat masing-masing.
“Pihak kami turut menguar-uarkan untuk melaksanakan penganjuran Malaysia #QuranHour di semua cawangan UiTM . Tema Misi Ar Rahman dengan membawa pesan, begitu banyaknya nikmat Allah daripada al-Quran mampu menyatupadukan dan mengukuhkan umat Islam dalam menghadapi cabaran akhir zaman sekiranya ia disyukuri.
“Program sebegini akan kami teruskan agar seluruh warga akan terus mencintai Al-Quran,” katanya ketika dihubungi.
( Assalamualaikum WRT WBT, mohon pertimbangan pihak tuan untuk diterbitkan di dalam portal TV Hijrah )
Mohd Faizan Tajuid
Penyelaras World Quran Hour
UiTM Shah Alam
016-5450050
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Faian Tajuid
14 May 2020 at 9:21 AM
SHAH ALAM-Seramai 250 kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengikuti World #QuranHour melalui Aplikasi Google Meet yang dihostkan oleh Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UITM Shah Alam pada hari ini.
Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam, Ustaz Mohd Faizan Tajuid berkata, program tersebut merupakan tahun ke 4 dianjurkan di Kampus Induk UiTM.
“Kelainan penganjuran World #QuranHour UiTM pada kali ini, walaupun dianjurkan secara maya, sesi berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal dapat diadakan di tempat masing-masing.
“Pihak kami turut menguar-uarkan untuk melaksanakan penganjuran Malaysia #QuranHour di semua cawangan UiTM . Tema Misi Ar Rahman dengan membawa pesan, begitu banyaknya nikmat Allah daripada al-Quran mampu menyatupadukan dan mengukuhkan umat Islam dalam menghadapi cabaran akhir zaman sekiranya ia disyukuri.
“Program sebegini akan kami teruskan agar seluruh warga akan terus mencintai Al-Quran,” katanya ketika dihubungi.
( Assalamualaikum WRT WBT, mohon pertimbangan pihak tuan untuk diterbitkan di dalam portal TV Hijrah )
Mohd Faizan Tajuid
Penyelaras World Quran Hour
UiTM Shah Alam
016-5450050