Di saat catatan ini dibuat, saya kira majoriti umat Islam di Malaysia sudah tahu yang solat Jumaat hari ini ditiadakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Umat Islam
sebaliknya diminta kekal di kediaman masing-masing dan menggantikan solat
Jumaat dengan solat zohor.
Ini bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dalam usaha Kerajaan Malaysia mengekang gelombang ketiga virus merbahaya itu daripada berlaku.
Realiti di Malaysia amat menggusarkan apabila saban hari jumlah kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan terkini mencecah 900 kes dengan 110 kes baharu. Angka maut kekal dua mangsa akibat virus yang berasal dari Wuhan, China.
Di seluruh
dunia, lebih 229,000 individu dijangkiti dengan 9,377 kematian direkodkan
termasuk 86,254 kes telah sembuh.
Dua minggu lalu, siapa menyangka yang kita akan berada dalam situasi yang hampir sama dengan apa berlaku di Itali dan Iran akibat virus yang masih belum ditemui penawarnya.
Jumaat lalu, umat Islam masih lagi boleh berjemaah hinggalah ketibaan gelombang kedua COVID-19 yang sebahagian besarkan dikaitkan dengan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling apabila ada dalam kalangan jemaahnya dijangkiti.
Di sebalik
kekalutan itu, ada hikmah yang mungkin hadir dalam bentuk ruang masa untuk kita
bersama-sama keluarga di rumah dan mendekatkan diri kepada pemilik kerajaan di langit
dan bumi, Allah swt.
Di sebalik kekosongan yang ada menjelang waktu zohor nanti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Sinar Harian bergabung tenaga untuk membawa sesi satu jam bersama Al-Quran yang akan disiarkan secara langsung di saluran 114 TV AlHijrah ke seluruh Malaysia.
Menjelang solat zohor di antara jam 12 tengah hari hingga jam 1 tengah hari nanti seluruh umat Islam di negara ini dijemput untuk menyertai Solidariti Malaysia #Qurantime @Quarantine iaitu manifestasi solidariti rakyat Malaysia ketika berdepan wabak COVID-19.
Di waktu itu,
umat Islam dijemput untuk bersama-sama membaca al-Quran di mana pun mereka
berada di hadapan kaca televisyen.
“Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat ini, kita berharap Al-Quranlah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semu,” kata Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang juga Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam whatsapp yang viral semalam.
Apa yang menarik ialah surah Ar Rahman (Yang Maha Pemurah) dipilih sebagai surah yang akan dibacakan bersama-sama umat Islam nanti.
Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dari 114 surah dalam Al-Quran.
Saya kira
pemilihan surah ini bertepatan pada waktu genting yang dihadapi umat Islam di
Malaysia kerana surah ini secara umumnya mengingatkan kita untuk selalu bersyukur
di atas nikmat yang Allah berikan.
Surah ini secara peribadinya amat dekat dengan saya yang bergelumang dalam dunia kemanusiaan, khususnya ayat “fa biayyi aalaa-I robbikumaa tukadz-dzibaan” yang bermaksud “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi kamu dustakan?”
Terasa diri ini amat kecil dan kerdil saat menyelami dan menghayati ayat ini mengenangkan betapa banyaknya nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita, termasuklah nikmat kehidupan itu sendiri.
Hakikatnya, Tuhan sedang menguji kita di saat genting ini dengan kebenaran dan kesabaran. Barangkali, ia peringatan Tuhan kepada kita bahawa nikmat dikurniakan itu boleh diambil pada bila-bila waktu.
Kelmarin, dalam
sesi 60 minit bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada ditanya mengenai hikmah umat Islam tidak
dapat berjemaah di masjid akibat wabak koronavirus.
Jawapan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu amat mengesankan saya yang ketika itu turut berada di studio TV AlHijrah bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHIjrah, Namanzee Harris dan wakil pengurusan.
“Dengan berada di rumah itu (ketika ini) jauh lebih baik dan solatlah berjemaah dengan anak dan isteri dengan mengikut kadar dan keadaan terbaik,” kata menteri hal ehwal agama itu merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.
Nampak remeh, tetapi
bilakah kali terakhir kita berjemaah dengan anak dan isteri di rumah?
“Siapkan Al-Quran bersama-sama kita dan Insya-Allah kita akan gemakan Surah Ar-Rahman dari manapun kita berada, memahami apa mesej Allah kepada kita dan mengamalkannya dalam kehidupan kita dengan tekun.
“Kepada Allah kita hadapkan wajah kita. Dan kepada Allah jua kita memohon pertolongan untuk memberikan kita kekuatan bagi menghadapi cabaran saat ini,” kata Hussamuddin yang juga Pengerusi AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) merujuk kepada #Qurantime.
Sama-sama kita menjayakan Solidariti Malaysia #Qurantime @Quarantine yang akan disiarkan secara langsung di TV AlHijrah bermula jam 12 tengah hari nanti dan semoga kita beroleh kekuatan dalam ujian yang berat ini. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Alhamdulillah. Your program Qurantime is a true blessing for our umah to follow your program. Covid-19’s issue has given us the golden opportunity to build our knowledge on each Ayat Pl continue this program permanently.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
Rohana Abdullah
21 March 2020 at 6:50 AM
Quarantine setiap hari tv alhijrah
Abdul Rahman Mohd Shafi
11 April 2020 at 10:49 PM
Alhamdulillah. Your program Qurantime is a true blessing for our umah to follow your program. Covid-19’s issue has given us the golden opportunity to build our knowledge on each Ayat Pl continue this program permanently.