KUALA LUMPUR: Wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menteri hal ehwal agama itu berkata ini pandangan yang jelas oleh ulama sejak sekian lama.
Katanya, walaupun suami (lelaki) adalah seorang mualaf (baru masuk Islam), isterinya tetap tidak boleh menjadi imam kepada suaminya.
“Suami kena berusaha belajar menjadi imam dan isteri pula kena bagi sokongan,” katanya kepada AlHijrah Online di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai ciapan seorang wanita Islam yang tular beberapa hari ini kerana bertegas dengan pandangan bahawa beliau boleh menjadi imam kepada suaminya yang baru masuk Islam (mualaf).
Zulkifli berkata sekiranya isteri mempunyai anak lelaki maka anak lelakinya boleh menjadi imam kepada suami mualafnya.
Jika tidak, maka, Zulkifli berkata wanita berkenaan hanya boleh menjadi makmum dalam solat berjemaah bersama suaminya.
EDISI 5 WORLD #QURANHOUR RABU DEPAN, MISI SURAH AR-RAHMAN
Terdahulu, Zulkifli melancarkan Edisi Kelima World #QuranHour yang akan berlangsung sentak seluruh dunia pada 20 Ramadan 1441H bersamaan 13 Mei 2020 dengan membawa misi Surah Ar-Rahman (55:1-78) sebagai solusi mengembalikan keharmonian global “Reboot Global Harmony”.
Turut hadir di majlis pelancaran Edisi Kelima World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah ialah Ketua Pegawai Eksekutif AlHijrah Media Corporation, Namanzee Harris dan Ahli Lembaga Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ahmad Yani Abd Manaf.
Melalui program itu, semua pihak terlibat di seluruh dunia akan menghentikan aktiviti lain dan membaca al-Quran serta memahaminya melalui tadabbur selama sejam dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada hari berkenaan.
Zulkifli berkata program yang mendekatkan umat Islam dengan Al-Quran itu perlu dikembangkan penganjurannya.
“Satu jam yang diperuntukkan ini bukan hanya bulan Ramadan semata-mata, tetapi waktu sesuai untuk mendekatkan masyarakat, umat Islam dengan al-Quran,” kata Zulkifli menyifatkan program itu mendekatkan umat Islam untuk membaca, memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran.
Beliau juga menyifatkan program itu sejajar dengan program keagamaan yang ditayangkan di TV AlHijrah seperti #Qurantime dan “sepotong ayat sehari” ketika Ramadan dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung COVID-19.
World #QuranHour bermula sejak 2015. Sehingga tahun lalu, ia diadakan di lebih 3,000 lokasi berdaftar di seluruh Malaysia dan 300 lokasi berdaftar di 76 negara dengan capaian 1.46 bilion di media sosial.
World #QuranHour, dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Ar Rahman Quranic Learning Centre dari Indonesia itu, akan disiarkan di TV AlHijrah, RTM, Bernama TV, Astro Oasis, Sinar Harian dan Ideaktiv, Rabu depan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager