Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JUMLAH KES AKTIF DI REMBAU NAIK MENDADAK

DALAM NEGARA

JUMLAH KES AKTIF DI REMBAU NAIK MENDADAK

KUALA LUMPUR: Jumlah kes aktif COVID-19 di Daerah Rembau, Negeri Sembilan meningkat secara mendadak semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah kes aktif di daerah yang dikategorikan Zon Merah COVID-19 itu meningkat kepada 59 berbanding tujuh kes, Khamis lepas. 

Peningkatan drastik itu dipercayai susulan penemuan kluster baharu di daerah terbabit iaitu Kluster Pedas, melibatkan 53 pekerja asing yang didedahkan KKM, semalam.

Sementara itu, sehingga tengah hari semalam, terdapat 10 lagi Zon Merah seluruh negara iaitu tiga kawasan di Selangor; empat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; satu di Johor dan dua di Sarawak.

Di Selangor, Zon Merah melibatkan Daerah Petaling (53 kes), Hulu Langat (55) dan Gombak (80); Kluang, Johor (49); serta Kuching (100) dan Kota Samarahan (43) di Sarawak.

Di Kuala Lumpur pula membabitkan kawasan Batu (101), Kampung Baru (67), Sri Petaling (45) dan beberapa kawasan lain di ibu kota (144). 

Zon Merah mewakili jumlah kes aktif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (satu hingga 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading