PUTRAJAYA: Garis panduan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diumum selepas perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu juga perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ini merupakan keputusan besar dan melibatkan isu agama. Jadi tunggu selepas Mesyuarat Kabinet buat keputusan.
“Insya-Allah akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,” katanya pada sidang media harian mengenai PKP di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), semalam.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata pihak hotel yang menanggung kerugian akibat peralatan bilik dirosakkan oleh mereka yang menjalani kuarantin berhak mengambil tindakan undang-undang.
“Kalau mereka (yang menjalani kuarantin) melanggar undang-undang hotel, terpulang kepada pihak hotel,” katanya ketika ditanya mengenai insiden yang berlaku di sebuah hotel yang dijadikan pusat kuarantin di Sarawak, baru-baru ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pengurusan taska.
Katanya langkah itu bagi memastikan keselamatan anak-anak yang dihantar ke taska berikutan ibu bapa yang perlu kembali bekerja.
Mengenai ada dalam kalangan guru di sesetengah negeri yang telah dipanggil bertugas, beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Kementerian Pendidikan.
“Walaupun sekolah belum mula (dibuka semula), mungkin ada keperluan untuk guru ke sekolah masing-masing seperti menyediakan perkara berkaitan pelajaran…arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dan jika ada sebarang kemusykilan boleh hubungi pejabat pendidikan daerah di tempat masing-masing,” katanya. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.