Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAJLIS HUKAMA’ MUSLIMIN KUTUK UCAPAN BIADAP BERKENAAN RASULULLAH SAW

DALAM NEGARA

MAJLIS HUKAMA’ MUSLIMIN KUTUK UCAPAN BIADAP BERKENAAN RASULULLAH SAW

KUALA LUMPUR: Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia, mengutuk sekeras-kerasnya ucapan biadab oleh jurucakap rasmi Bharatiya Janata Party (BJP), yang didakwa telah menghina Nabi Muhammad.

Penasihat Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia merangkap Anggota Majlis Hukama’ Muslimin Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata apa yang telah berlaku amat mengganggu sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan insan yang paling mulia dan terpilih oleh-Nya. Mencintai Rasulullah SAW adalah termasuk dalam keimanan dan kemanisan iman.

“Justeru, wajib bagi kita mempertahankan baginda SAW dan memuliakan-Nya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Zulkifli, tindakan jurucakap BJP itu adalah seruan yang jelas kepada ekstremisme dan menyebarkan Islamofobia.

Oleh itu beliau menyeru umat Islam untuk bersatu hati dalam menzahirkan mesej bantahan secara aman, akan tindakan tersebut.

Jurucakap BJP, Nupur Sharma dikecam selepas membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen manakala seorang lagi Naveen Jindal atas komennya di media sosial. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading