Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UMAT ISLAM DILARANG SAMBUT PERAYAAN AGAMA LAIN BABITKAN KEPERCAYAAN, AKIDAH

DALAM NEGARA

UMAT ISLAM DILARANG SAMBUT PERAYAAN AGAMA LAIN BABITKAN KEPERCAYAAN, AKIDAH

PUTRAJAYA: Umat Islam dilarang menyambut sebarang sambutan perayaan agama lain yang membabitkan kepercayaan dan akidah, kata Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Muhammad Najhan Shahir Halim.

Beliau berkata larangan itu berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW serta lima prinsip maqasid syariah yang antaranya adalah menjaga agama, menjaga nyawa serta menjaga akal.

“Mana-mana upacara sambutan perayaan agama lain yang melibatkan urusan kepercayaan dan akidah, maka tidak harus bagi umat Islam menyertainya dan terlibat dalam upacara berkenaan.

“Ia termasuk perkara yang boleh menggugat keimanan seseorang Muslim dan umat Islam juga dilarang menyerupai golongan bukan Islam pada sudut yang melanggari akidah dan syariat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini berhubung festival tahunan Bon Odori iaitu perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka yang dijangka diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), pada 16 Julai ini.

Muhammad Najhan bagaimanapun meminta umat Islam agar menghormati budaya serta kepercayaan agama lain dengan menjalani kehidupan yang aman damai dan Bon Odori adalah antara perayaan pelbagai agama yang hidup secara harmoni dan aman selama ia tidak mencampuri urusan umat Islam dan ajarannya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan dan oleh itu umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyertainya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading