Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAKWAH TARIK BALIK KENYATAAN PERPINDAHAN ROH

DALAM NEGARA

PENDAKWAH TARIK BALIK KENYATAAN PERPINDAHAN ROH

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Muhd Zainul Asri Mohd Romli semalam tampil menarik balik kenyataannya berkenaan perpindahan roh manusia yang meninggal dunia ke jasad manusia yang masih hidup baru-baru ini.

Muhd Zainul Asri berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan memaklumkan kenyataan itu diambil dari gurunya.

“Sebenarnya bukan kenyataan saya, saya ‘naqal’ (ambil) daripada guru saya.

“Saya minta maaf kepada semua masyarakat dan umat Islam di Malaysia yang mengikut polemik ini. Jangan dipanjangkan lagi saya tarik balik (kenyataan),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Muhd Zainul Asri juga berkata gurunya yang memaklumkan kenyataan tersebut telah meninggal dunia.

Penjelasan lanjut berkenaan perkara itu juga sukar untuk dilakukannya kerana tidak dijumpai di dalam kitab, Al-Quran dan hadis.

Semalam Pendakwah, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali memaklumkan kepada Berita AlHijrah jumhur ulama  Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) menolak kepercayaan reinkarnasi atau perpindahan roh walaupun ia dipegang oleh sebahagian fahaman dalam mazhab Syiah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Pendakwah Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Perpindahan Roh. Ini Penjelasan Beliau

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading