Pengusaha tadika dan taska di negara ini memerlukan penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa berhubung hala tuju operasi industri itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP), taska bagaimanapun tidak dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan SOP akan dikaji semula.
Tadika dengan extended program seperti dilesenkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berfungsi seperti pusat jagaan dengan program pembelajaran sepenuh hari.
Ibubapa yang perlu bekerja amat memerlukan perkhidmatan sokongan ini.
Ini termasuklah mereka yang bekerja waktu fleksibel di mana ada hari-hari dan waktu tertentu yang masih perlu ke tempat kerja dan perlu menghantar anak-anak ke tadika dan taska.
Penjelasan PKPB adalah diperlukan bagi khidmat sokongan untuk ibubapa yang bekerja.
Dari sudut bisnes, umum menyangkakan semua tadika mendapat upah subsidi dan pelepasan sewa atau sewa premis murah ekoran moratorium pihak bank kepada tuan tanah.
Hampir kesemua tadika taska tidak mendapat apa-apa diskaun sewa premis kerana bagi pemilik premis itu adalah hak mereka.
Begitu juga dengan upah subsidi, bukan semua taska atau tadika mendapat bantuan upah subsidi.
Walaubagaimanapun, ia membantu serba sedikit kerana jumlah itulah yang akan digunakan pengusaha untuk memberi diskaun kepada ibubapa.
Tadika-tadika pada amnya mempunyai margin keuntungan yang sangat kecil atau sekadarnya sahaja.
Ini termasuk tadika-tadika berjenama di mana margin mereka juga adalah kecil terutama tadika Islam yang rata-ratanya adalah dengan kadar yuran berpatutan kepada ibubapa Muslim.
Dengan pembelajaran online atau remote learning yang diberikan hampir setiap hari kepada ibubapa, ia sebenarnya mempunyai kos-kos tertentu.
Mengikut laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), tadika atau sekolah adalah “safe place” atau tempat yang selamat untuk kanak-kanak.
Dengan adanya tempoh lockdown yang panjang, semakin banyak kes-kes penderaan kanak-kanak, penderaan seksual dan ini tidak termasuk dengan kesan terhadap perkembangan mental anak-anak di persekitaran dalam rumah yang tidak selamat.
Akhir sekali, harapan kami pengusaha Tadika dan Taska adalah supaya PKPB diperjelaskan lagi kedudukannya kerana ia menjadi asas sokongan komuniti ibubapa bekerja, termasuk mereka yang bekerja dengan waktu fleksibel.
** Input artikel ini adalah hasil perbincangan grup Whatsapp Tadika & Taska di Malaysia
Penulis adalah Pengasas GENIUS AULAD
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked