Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TERIMA TIGA LAPORAN TASKA DISYAKI LANGGAR SOP, DERA KANAK-KANAK 

DALAM NEGARA

POLIS TERIMA TIGA LAPORAN TASKA DISYAKI LANGGAR SOP, DERA KANAK-KANAK 

“Laporan dibuat ibu bapa termasuk kepada seorang kanak-kanak autisme. Setakat ini, ada lagi cawangan yang disiasat belum menyerahkan rakaman CCTV dan rampasan akan dibuat.”

SHAH ALAM: Polis menerima tiga laporan berhubung cawangan taska di sini yang dipercayai terbabit dalam kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk isu penderaan seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata pihaknya turut merakam percakapan pempengaruh yang mendedahkan kejadian itu selain sedang melakukan pemeriksaan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) di premis cawangan terlibat. 

“Laporan dibuat ibu bapa termasuk kepada seorang kanak-kanak autisme. Setakat ini, ada lagi cawangan yang disiasat belum menyerahkan rakaman CCTV dan rampasan akan dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sebelum ini, satu video dipercayai dikongsi petugas sebuah taska di Shah Alam yang memaparkan seorang kanak-kanak autisme dikurung dalam stor dengan keadaan menangis teresak-esak tular di media sosial.

Turut tular ialah video memaparkan kanak-kanak di cawangan taska sama di Puchong, Selangor diminta merangkak di dalam longkang, didakwa bagi mengelak pemeriksaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading