Tag Archives: YAMAN

MENTERI PERTAHANAN YAMAN SELAMAT DARIPADA SERANGAN ROKET HOUTHI

SANAA: Menteri Pertahanan Yaman terselamat daripada serangan roket pemberontak Houthi di wilayah barat laut Maarib, demikian menurut sumber tentera. Agensi Berita Anadolu memetik sumber tentera itu melaporkan, serangan terbabit menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan ketika Mohammed al-Maqashi dan komander pakatan tentera pimpinan Saudi hadir mesyuarat. Dua askar terbunuh dalam serangan itu. Tiada sebarang komen dikeluarkan kumpulan Houthi Syiah berhubung insiden

Read more

YAMAN MULAKAN KEMPEN VAKSIN KOLERA DI SANA’A

SANA’A: Kementerian Kesihatan Yaman dengan kerjasama badan kesihatan global memulakan kempen vaksin kolera dalam usahanya menangani penyakit berjangkit yang membunuh ribuan nyawa di negara miskin itu. Dua badan global terbabit ialah Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menjalankan kempen vaksin kolera di ibu kota Sana’a. PRESS TV dalam laporannya hari ini berkata pakar mengharangkan

Read more

Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Wilayah Asir, barat daya Arab Saudi yang mengakibatkan 26 orang cedera, kelmarin. Sinar Harian yang memetik laporan Bernama menyebutkan Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, serangan itu tidak boleh diterima dan melanggar undang-undang antarabangsa serta menjejaskan keamanan dan keselamatan Timur Tengah. “Malaysia

Read more

Houthi bedil lapangan terbang di Arab Saudi 26 cedera

RIYADH, 13 Jun – Kira-kira 26 orang awam cedera selepas kumpulan pemberontak Yemen melancarkan misil menyasarkan lapangan terbang di barat daya Arab Saudi semalam. Sinar Harian yang memetik laporan agensi berita menyebutkan jurucakap Gabungan untuk Kembalikan Legitimasi di Yemen, Kolonel Turki Almalki berkata, peluru berpandu dilancarkan pemberontak Houthi itu mengenai balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir. “Kesemua

Read more

Krisis pelarian di Yaman, satu sejarah hitam buat dunia peradaban moden

SANA’A dahulunya adalah sebuah bandar metropolitan yang juga merupakan ibu negeri Yaman dengan penduduk mencecah 4 juta orang, jauh melebihi populasi Kuala Lumpur yang hanya sekitar 1.7 juta. Namun konflik peperangan telah membawa kehancuran terhadap kemakmuran bandar tersebut, di mana ramai rakyatnya telah melarikan diri dan hidup sebagai pelarian. Antara kem pelarian yang terdapat di sekitar bandar Sana’a ini adalah

Read more

Perang Yaman akibatkan krisis kemanusiaan terburuk

KETIKA dunia tertumpu pada apa yang berlaku di Gaza dan Christchurch, tidak ramai yang ambil peduli dan sedar akan kesengsaraan penduduk Yaman yang sedang bertarung nyawa untuk hidup ekoran perang saudara yang melanda. Mereka sedang berdepan dengan kehidupan yang sangat daif serta penyakit berjangkit yang semakin merebak. Malah, oleh kerana keperluan asas harian yang sangat terhad, memaksa mereka menanti bantuan

Read more

Yaman: Lebih 15 juta penduduk kebuluran

SANA, 2 April – Lebih 15.9 juta rakyat Yaman bangun setiap hari dalam keadaan lapar dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga 20 juta orang. Menurut statistik Program Makanan Sedunia, hampir tiga juta kanak-kanak dan wanita hamil atau menyusu mengalami kekurangan zat makanan, termasuk 400,000 kanak-kanak di bawah lima tahun menderita akut kerana kurang zat makanan. Pemilik kedai sayuran Mohammed al-Hobayashi

Read more
Recent Entries »