TENTERA YAMAN LANCAR SERANGAN KE ATAS HOUTHI DI SAADA

SANAA: Tentera Yaman berkata mereka melancarkan serangan terhadap pemberontak Houthi di utara wilayah Saada semalam dan menawan beberapa lokasi tanah tinggi strategik, demikian laporan Xinhuanet.

Serangan bermula di daerah Baqim pada Jumaat, disokong pesawat tempur Arab Saudi, menurut tentera dalam satu kenyataan rasmi.

Berdozen-dozen tentera pemberontak terbunuh dan yang lain cedera dalam operasi ketenteraan itu, kata tentera tanpa memberitahu angka sebenar.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan kumpulan Houthi.

Saada, sempadan Arab Saudi merupakan kubu utama bagi kumpulan Houthi.

Houthi menyerang kota Sana’a dan menakluk utara bandar pada hujung 2014, memaksa kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi hidup dalam buangan.

Pakatan diketuai Arab Saudi bertindak campur tangan dalam konflik Yaman pada Mac 2015 untuk menyokong kerajaan pimpinan Hadi.

Duta Khas PBB, Martin Griffiths kini cuba untuk menyelamatkan perjanjian damai dicapai di Stockholm pada 2018 antara kerajaaan sah Yaman dan kumpulan Houthi. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply