MERCY MALAYSIA RANCANG PROGRAM NUTRISI UNTUK KANAK-KANAK SEKOLAH
“Untuk tahu anak itu kurang malnutrisi atau tidak, cubit kulitnya. Jika kurang nutrisi akan berkedut (cubitan tinggalkan kesan pada kulit), jika normal kulitnya akan kembali macam biasa”.
Itu penjelasan Dr Abdul Ghalil dari Field Medical Foundation (FMF) ketika program nutrisi untuk kanak-kanak dan ibu mengandung di Blok O Dar Saad di wilayah selatan Yaman, Aden.
Ketika itu doktor yang berusia 30 tahun itu sedang memeriksa Shihab, 3, kanak-kanak pelarian Yaman yang terkesan dengan konflik peperangan yang berlanjutan sejak lima tahun lalu.
Mula-mula seorang petugas badan kemanusiaan dari negara bergolak itu mengukur berat badan Shihab selepas didaftarkan penjaganya sebelum ukur lilit lengan dan kepalanya diambil.
“Anak ini mengalami malnutrisi sederhana,” kata Dr Abdul Ghalil merujuk ukur lilit lengan Shihab iaitu 12.2cm berbanding 12.5cm ke atas, ukuran kanak-kanak normal seusia dengannya.
Shihab yang langsung tidak menangis itu juga mencatatkan berat badan yang rendah dan segera dimasukkan dalam program makanan nutrisi dan menerima makanan nutrisi tambahan.
Program nutrisi FMF yang juga rakan kerjasama Mercy Malaysia di Aden dijalankan setiap dua minggu dan makanan nutrisi diagihkan di 428 pusat pengagihan seperti di Blok O Dar Saad.
“InshaAllah Mercy Malaysia akan melaksanakan program seumpama ini bagi membantu kanak-kanak sekolah yang kurang gizi atau nutrisi,” kata Norazam Ab Samah, Exco Mercy Malaysia.
Norazam mengetuai tim misi badan kemanusiaan berpangkalan di Kuala Lumpur itu yang tiba di Yaman sejak 29 November lalu bagi mengakses dan melaksanakan misi bantuan di Yaman.
“Kami bercadang melakukan program jangka panjang program nutrisi dan bekalan air di kem pelarian dalaman (IDP) Dar Saad,” kata Norazam yang sebelum itu melawat dua kem IDP di sini.
Kem Dar Saad yang terletak di pinggir Aden adalah kem pelarian yang baru dibuka sejak 11 bulan lalu dan menempatkan 131 keluarga pelarian dari Hodeidah dan Taiz di wilayah utara Yaman.
Data Pejabat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) menyatakan tiga juta warga Yaman memerlukan respons program bantuan makanan nutrisi.
Daripada jumlah itu, dua juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun mengalami malnutrisi akut yang memerlukan campurtangan segera.
Shihab adalah antara ribuan kanak-kanak di wilayah selatan Yaman yang mengalami malnutrisi kerana ibu bapa mereka terbelenggu dalam kemiskinan yang diburukkan dengan peperangan.
“Negara ini tidak membangun, kadar malnutrisi tinggi,” kata Pengarah Pusat Perbidanan Kecemasan dan Penjagaan Neonatal Hospital Alshaab di Aden, Dr Mumtaz Abdo Mohammed Shafi.
Dr Mumtaz berkata kebanyakan pelarian dalaman lari dari wilayah utara Yaman yang terkesan dengan perang dan mereka tidak mempunyai punca pendapatan untuk membeli makanan harian.
“Mereka juga tiada wang, punca pendapatan untuk mendapatkan khidmat kesihatan,” kata Dr Mumtaz yang ditemui penulis dan sukarelawan Mercy Malaysia sehari sebelum kami ke Blok O.
Itu menerangkan kenapa majoriti kanak-kanak yang menjadi pelarian dalaman mengalami masalah malnutrisi dengan sebahagian mereka yang berada di wilayah terjejas di ambang kebuluran.
Kunjungan penulis di pusat pengagihan makanan nutrisi kanak-kanak dan ibu mengandung itu menyaksikan sendiri kanak-kanak Yaman kurang malnutrisi walaupun bukan pada tahap kritikal.
Nasib penduduk Yaman boleh diibaratkan seperti “sudah jatuh ditimpa tangga” apabila peperangan memburukkan lagi keadaan kelompok miskin di negara itu.
Kanak-kanak, termasuk di Aden, adalah golongan yang terjejas teruk dalam konflik perang saudara yang terpinggir dari perhatian komuniti dunia.
“Di Aden memang ada banyak kanak-kanak bawah lima tahun kurang nutrisi dan kadar malnutrisi kanak-kanak meningkat setiap tahun,” jelas Dr Abdul Ghalil merujuk kepada konflik di Yaman.
PBB menyifatkan konflik di Yaman yang bermula sejak Mac 2015 sebagai krisis kemanusiaan terburuk di abad ini dengan ancaman tiga serampang iaitu perang, kebuluran dan wabak kolera.
Malah dilaporkan seorang kanak-kanak akan meninggal dunia setiap 10 minit di Yaman yang terkesan dengan perang saudara antara tentera kerajaan di selatan dan kumpulan Houthi di utara. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.