Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAJUDDIN DIKOMPAUN RM1,500

DALAM NEGARA

TAJUDDIN DIKOMPAUN RM1,500

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 selepas didapati gagal memakai pelitup muka.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah, Tajuddin melakukan kesalahan itu semasa mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan tren di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC, Kuala Lumpur.

“Kertas siasatan kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikembalikan dari pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dengan keputusan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021,” kata Mohammad Zainal dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya tawaran kompaun akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading