SUNTIKAN HARIAN VAKSIN COVID-19 MELEPASi 150,000

KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod baharu apabila 151,309 dos diberikan semalam.

Daripada jumlah keseluruhan itu 105,722 orang menerima dos pertama manakala 45,587 orang menerima dos kedua.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya hari ini berkata, adalah penting untuk jumlah suntikan harian tersebut kekal konsisten ke arah mencapai pemberian 200,000 dos sehari.

Setakat 8 Jun 2021, jumlah keseluruhan pemberian dos 1 dan dos 2 vaksin COVID-19 di Malaysia ialah 3,790,121.

Jumlah keseluruhan pendaftaran vaksin COVID-19 pula setakat semalam 12,775,132 orang.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memberi jaminan Malaysia akan mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi dan imuniti kelompok dijangka dapat dicapai sebelum akhir tahun 2021. — AlHijrah Online

Leave a Reply