KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan iklan-iklan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun ini yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan kepada senario penularan virus COVID-19 yang masih berleluasa dan sekatan perjalanan yang sedang dikuatkuasakan kerajaan, penawaran pakej-pakej tersebut adalah amat meragukan.
“Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 3 Jun 2021, dan siaran akhbar Tabung Haji pada 4 Jun 2021, sehingga kini status perlaksanaan ibadah haji bagi tahun 2021 masih belum dapat dipastikan.
“Pihak kerajaan masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berkenaan ibadah haji serta kuota yang dibenarkan bagi musim 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu beliau berkata siaran media Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Cawangan Madinah (PERSADA) bertarikh 6 Jun 2021 telah menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan perkhidmatan badal haji boleh dilaksanakan oleh pelajar Malaysia di Arab Saudi tanpa permit atau lesen haji.
Katanya PERSADA menjelaskan, perlaksanaan ibadah haji adalah berdasarkan kuota dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi selain memaklumkan harga bagi perkhidmatan badal haji sekitar RM1,500 sehingga RM2,000 adalah sama sekali tidak munasabah mengambil kira kos permit, penginapan, pengangkutan, makanan, dan lain-lain perkara bagi melaksanakan ibadah tersebut.
“Secara keseluruhan pihak polis melihat tindakan segelintir agensi pelancongan mengiklankan pakej haji, umrah mahupun badal haji bagi tahun 2021 adalah satu tindakan pramatang serta mungkin merupakan satu penipuan.
“Jesteru pihak polis ingin menegaskan bahawa siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dijalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan pakej haji, umrah, dan badal haji,” katanya.
Ujar beliau, sabit kesalahan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau sebatan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap pesalah yang terlibat.
Orang ramai diingatkan untuk lebih berhati-hati dan membuat semakan sewajarnya dengan agensi kerajaan yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk membuat bayaran dan menyertai mana-mana pakej yang ditawarkan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.