Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KADAR BADAL HAJI BAWAH RM2,500 TIDAK MUNASABAH

DALAM NEGARA

KADAR BADAL HAJI BAWAH RM2,500 TIDAK MUNASABAH

KUALA LUMPUR: Tawaran badal haji bernilai RM2,500 ke bawah untuk seorang individu adalah tidak munasabah.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini berkata kadar tersebut adalah tidak munasabah kerana kos permit dan lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung.

“TH ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal (upah) haji yang sering dipromosikan di media sosial oleh agensi pelancongan dan individu tertentu.

“Untuk makluman orang ramai, pelaksanaan rukun Islam yang kelima ini memerlukan setiap jemaah dari luar Arab Saudi mendapatkan visa menunaikan haji manakala penduduk tempatan perlu memohon permit terlebih dahulu,” jelas TH.

TH turut memaklumkan Arab Saudi masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berkaitan pelaksanaan ibadat haji bagi tahun ini.

Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan iklan-iklan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun ini yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan.

Tawaran itu menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din meragukan berdasarkan kepada senario penularan virus COVID-19 yang masih berleluasa dan sekatan perjalanan yang sedang dikuatkuasakan kerajaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading