CEO AERODYNE KIBAR BENDERA MALAYSIA DI PENTAS ANUGERAH USAHAWAN GLOBAL

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Group, Kamarul A Muhamed dipilih finalis EY World Entrepreneur bagi tahun 2021, anugerah global yang mengiktiraf usahawan dari seluruh dunia.

Beliau antara 38 finalis dari pelbagai negara yang akan berpeluang dipilih untuk merangkul anugerah EY World Entrepreneur 2021.

“Satu penghormatan bagi saya terpilih menjadi antara 38 usahawan global terkemuka.

“Saya juga amat bangga dapat membawa bendera Malaysia dan Aerodyne di pentas dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Kamarul yang juga pengasas Aerodyne Group menubuhkan syarikat tersebut pada 2014 untuk memberi fokus mengambil gambar udara bagi tujuan komersial.

Namun ketika banjir teruk di Malaysia pada 2014, syarikatnya telah menggunakan aset dron mereka untuk membantu pasukan penyelamat mencari mangsa yang terkesan dan mengambil gambar kemusnahan yang berlaku.

Beliau kemudian menyedari pelbagai peluang perniagaan yang ada dengan menggunakan teknologi dron.

Sejak tujuh tahun kebelakangan ini, beliau telah mengembangkan perniagaannya menjadi salah satu syarikat perkhidmatan dron terbesar di dunia.

The Drone Fund Invests in Malaysia-based Aerodyne Group - Inside Unmanned  Systems

Kamarul yang melanjutkan pelajaran di London dan pernah bekerja dengan syarikat perisian Amerika Syarikat menyasarkan perniagaannya kepada syarikat infrastruktur dengan menawarkan cara menguruskan aset dengan dron, menghasilkan data dan meminimumkan pendedahan pekerja terhadap bahaya.

Beliau kini mempunyai lebih 400 pengendali dron yang menguruskan 110,000 operasi penerbangan di 35 negara.

Teknologi dron Aerodne digunakan untuk pemeriksaan infrastruktur, pengawasan, pengurusan bencana, keselamatan, pemetaan lapangan, logistik dan peyemburan tanaman. — AHijrah Online

Leave a Reply