More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
JAIS BERTINDAK IKUT LUNAS UNDANG-UNDANG, TIADA KAITAN ISU “PERANGKAP” – MAIS
Bila dikatakan seolah-olah jabatan agama terlibat dalam manipulasi dan sebagainya, ini tidak benar sama sekali. Kami...
-
DALAM NEGARA
MAINAN ‘SQUISHY’: RISIKO TERCEKIK, IBU BAPA PERLU LEBIH BERHATI-HATI
Kanak-kanak bawah tiga tahun khususnya tidak sepatutnya diberikan mainan berkenaan sekiranya keselamatan produk tidak dapat dipastikan,...
-
DALAM NEGARA
LELAKI DIREMAN EMPAT HARI, BANTU SIASATAN KES KHIANAT MASJID DI TUMPAT
Cecair berkenaan dipercayai mengandungi campuran najis binatang, bulu, serpihan tulang serta ulat.
-
DALAM NEGARA
HUKUMAN LEBIH BERAT KES CURI KABEL REL
Butiran pindaan termasuk cadangan menambah tempoh hukuman penjara masih dalam perbincangan dasar.
-
DALAM NEGARA
WAU TERBANG, SOLIDARITI PALESTIN TERUS DIJULANG
Lebih 100 wau diterbangkan dengan membawa pelbagai reka bentuk dan mesej solidariti, termasuk gambaran Masjid Al-Aqsa...

KUALA KANGSAR, 2 Jun – Penangguhan program MyBeras yang sepatutnya bermula semalam (1 Jun) bertujuan memastikan tiada isi rumah yang layak tercicir daripada menerima bantuan berkenaan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata penangguhan tersebut dibuat berikutan terdapatnya laporan isi rumah yang layak, tidak tersenarai sebagai penerima.
“Justeru kami jangkakan terdapat penambahan dalam bilangan penerima berbanding lebih 85,000 penerima yang disenaraikan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Transformasi Keusahawanan 2016 anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak di sini hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar sebelum ini mengumumkan program tersebut ditangguhkan bagi memberi ruang kepada penambahbaikan mekanisme pengagihan.
Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Jan lepas ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016. Di bawah program itu, setiap keluarga yang layak, akan menerima 20 kilogram (kg) beras setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebanyak 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima bantuan 20kg beras percuma setiap bulan menerusi program itu. Justeru, Tajuddin berkata pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, penghulu dan pegawai daerah yang terlibat dengan kelompok sasaran perlu turun padang bagi mengenal pasti lebih ramai isi rumah layak untuk bantuan berkenaan.
“Hasrat kita mahu program ini dilaksanakan secepat mungkin. Peruntukan sudah ada. Tetapi kita bagi masa supaya pihak terlibat dapat mencari lebih ramai penerima,” katanya.
BERNAMA