TANGGUH UMRAH: PERBINCANGAN LANJUT DALAM MESYUARAT KABINET KHAS ESOK

Sumber Gambar: AFP

SEGAMAT: Isu penangguhan umrah susulan ancaman varian Omicron akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat kabinet khas yang dijadualkan berlangsung esok, Rabu 5 Januari.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam mesyuarat tersebut, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membentangkan laporan terperinci mengenainya.

“Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan penangguhan umrah itu lebih kepada hendak menjaga nyawa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Ismail turut memaklumkan antara perkara yang turut dibincangkan esok adalah berkenaan pasca banjir dan persediaan agensi-agensi berkaitan mengenai persiapan dalam menghadapi gelombang kedua banjir.—AlHijrah Online

Leave a Reply