Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TERJUN BANGUNAN SELAMATKAN DIRI DARI KEBAKARAN

DALAM NEGARA

TERJUN BANGUNAN SELAMATKAN DIRI DARI KEBAKARAN

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Enam warga Indonesia nekad terjun dari tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai di Jalan SS15/4 Subang Jaya untuk menyelamatkan diri dari kebakaran malam tadi. Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Hazinan Md Yusof berkata kebakaran berlaku di sebuah premis membuat pengiklanan di tingkat bawah bilik sewa mereka. Beliau berkata akibat tindakan mereka yang terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki, kesemua mereka mengalami kecederaan pada kaki dan pinggang dalam kejadian kira-kira 11 malam itu. “Semua mangsa sedang tidur ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi. Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. Punca kebakaran masih disiasat, kata Hazinan. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading