“Jangan hanya turun kawasan, tunjuk muka bila saya balik,” – ZAHID

zahid hamidi

BAGAN DATOH, 6 Ogos – “Jangan hanya turun kawasan, tunjuk muka bila saya balik,” demikian teguran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemimpin UMNO bahagian.

Naib Presiden UMNO itu berkata terdapat segelintir pemimpin UMNO peringkat bahagian yang hanya turun bertemu rakyat di peringkat akar umbi apabila beliau melawat kawasan tersebut.

“Saya berharap pemimpin di Bagan Datoh turun ke bawah, turun ke akar umbi, ketua cawangan, ketua Pemuda, ketua Wanita dan ketua Puteri, jangan tunjuk muka ketika saya balik sahaja.

“Mereka (pemimpin) tahu saya sibuk, tapi mereka pun buat-buat sibuk. Bila saya balik baru nak tunjuk muka. Apa punya pemimpin?, katanya sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata demikian dalam ucapan dasar pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016 di sini hari ini yang dihadiri 477 perwakilan. Mesyuarat tersebut dirasmikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

BERNAMA

Leave a Reply