More in DUNIA
-
DALAM NEGARA
QARIAH MALAYSIA, QARI INDONESIA JOHAN MTHQA 2026
Nur Syakura yang berasal dari Sarawak itu memperoleh 91.83 markah, mengatasi wakil Singapura, A’tiiqah Binte Suhaimi,...
-
DALAM NEGARA
EL-SISI TIBA DI MALAYSIA, LAWATAN NEGARA PERTAMA SEJAK JADI PRESIDEN
Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi tiba di Malaysia bagi lawatan negara dua hari yang menjadi kunjungan...
-
DALAM NEGARA
ANWAR – MIN AUNG HLAING BERTEMU EMPAT MATA DI PUTRAJAYA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Myanmar Min Aung Hlaing...
-
DUNIA
MOHAMAD SABU SERU RAKYAT MALAYSIA TERUSKAN SOLIDARITI BUAT PALESTIN
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan mereka yang...
-
DALAM NEGARA
DADAH DALAM JET PERIBADI DARI MALAYSIA
Polis Laos merampas 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan...

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kedutaan Filipina menggesa warga Filipina beragama Islam yang berada Malaysia untuk menyokong kepimpinan Presiden Rodrigo R. Duterte, khususnya terhadap proses damai dan inisiatif pembangunan ekonomi untuk Mindanao.
Duta Besar Filipina di Malaysia J. Eduardo Malaya membuat gesaan itu pada majlis sambutan Aidilfitri dianjurkan kedutaan itu dan Union of Filipino Muslims in Malaysia, baru-baru ini. Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.
“Pentadbiran baharu di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte telah memberi keutamaan terhadap pembangunan Mindanao dan kebajikan orang Islam, peribumi suku Lumad dan penganut Kristian di sana.
“Sebagai anak jati Mindanao, beliau amat arif dengan keperluan di kawasan itu dan telah memberi perhatian terhadap semua sektor komuniti di Mindanao,” kata Malaya dalam ucapannya yang diedarkan kepada media menerusi kenyataan dan laman Facebook.
Menurut kenyataan itu, 10 anggota kerajaan Filipina (GPH) dan Pasukan Pelaksana Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Ogos untuk memulakan usaha bagi pelaksanaan pelan damai Bangsamoro.
Delegasi GPH akan diketuai Setiausaha (Menteri) Jesus Dureza daripada Pejabat Penasihat Presiden bagi Proses Damai. Bagi Azman pula, beliau mengambil perhatian tentang hubungan kukuh antara Filipina dan Malaysia, dengan harapan hubungan akan bertambah kukuh lagi di bawah pentadbiran baharu itu.
“Saya berharap akan wujud lebih banyak peluang bagi kerjasama antara kedua-dua negara kita, lebih-lebih lagi Presiden Duterte adalah dari Mindanao, dan pastinya akan memberi perhatian terhadap kebimbangan di sana, termasuk kalangan warga Filipina beragama Islam,” katanya.
Pada majlis itu, barisan baharu pemimpin Union of Filipino Muslims in Malaysia mengangkat sumpah jawatan di hadapan Duta Malaya.
BERNAMA