TERSERAH PELAJAR MAHU PULANG ATAU TIDAK

KUALA LUMPUR: 105 pelajar negara di Khartoum dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil kesempatan untuk pulang memandangkan universiti-universiti di Khartoum masih ditutup akibat protes.
Duta Malaysia di Sudan , Mohamad Razdan Jamil mengatakan bahawa keadaan di Khartoum setakat ini masih terkawal namun pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh yang singkat.
“Kami sentiasa menitikberatkan keselamatan pelajar dan akan memastikan mereka semua selamat serta menasihatkan agar mereka tidak menyertai mana-mana perhimpunan politik.
Tambah beliau, seramai 150 rakyat Malaysia menetap di negara tersebut termasuk mahasiswa, diplomat serta ahli perniagaan.
Darurat dan perintah berkurung telah diisytiharkan oleh Kerajaan Sudan ke atas beberapa bandar yang berlaku rusuhan di negara itu. – Sinar Online