BRAZIL TIDAK AKAN PINDAH KEDUTAAN KE AL-QUDS

BAITULMAQDIS, 4 JANUARI 2019 – Dalam salah satu temuramah yang diadakan Rabu lepas bersama Aruts Sheva, Pakar Pengajian Amerika Latin dari Jabatan Hubungan Antarabangsa di Hebrew University of Al-Quds, Profesor Arie Kacowicz meramalkan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro tidak akan memindahkan kedutaan besar negara tersebut ke Baitulmaqdis.
Terdahulu, Bolsanaro telah mengumumkan dalam salah satu janjipilihanrayanya bahawa beliau akan memindahkan kedutaan negara tersebut ke Baitulmaqdis sebaik sahaja pilihanrayaselesai .
Walaupun idea tersebut dialu-alukan oleh Israel tetapi telahmendapat kritikan daripada kebanyakan pemimpin negara arab dan mendesak beliau supayamembatalkan tindakan tersebut.
Menurut Arie Kacowicz, Bolsonaro dilihat terburu-buru dalam membuat pengumuman tersebut sedangkan Brazil diketahui umum memiliki hubungan istimewa dengan semua negara termasuk negara – negara arab dan Iran. Tambahan pula Brazil antara negara amerika Latin yang terawal mengiktiraf negara Palestin dan memiliki hubungan akrab dengan Palestin mahu pun Israel. – AL-QUDS FOUNDATION MALAYSIA