Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH MINTA PENDEPOSIT KEMAS KINI MAKLUMAT PERIBADI, ELAK SURAT HAJI TIDAK DITERIMA

DALAM NEGARA

TH MINTA PENDEPOSIT KEMAS KINI MAKLUMAT PERIBADI, ELAK SURAT HAJI TIDAK DITERIMA

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) meminta pendeposit untuk mengemas kini maklumat peribadi masing-masing sekiranya terdapat sebarang perubahan pada alamat, nombor telefon dan penamaan waris.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perkara itu bertujuan memudahkan pihak TH menghubungi pendeposit serta mengelakkan kes surat tawaran haji tidak diterima kerana bertukar alamat.

“Surat tawaran tunai haji bagi tahun hadapan akan dikeluarkan sebaik sahaja pihak TH menerima ketetapan daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan dengan pelaksanaan haji.

“Untuk makluman semua, TH masih belum menerima sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan perincian musim haji tahun hadapan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, bagi memudahkan proses kemas kini, pendeposit digalakkan mendaftar aplikasi perkhidmatan THiJARI di pautan http://www.thijari.com.my .

Aplikasi tersebut juga boleh digunakan bagi menyemak pendaftaran haji, surat tawaran haji, jadual penerbangan serta perkhidmatan lain seperti urusan pindahan simpanan, semakan baki dan sebagainya.

Pendeposit juga boleh mengemas kini butiran peribadi di mana-mana pejabat cawangan TH, pusat perkhidmatan TH dan Pusat Transformasi Bandar (UTC). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading