BELANJAWAN 2021: MASA UNTUK TERUS BEKERJA DEMI RAKYAT KHUSUSNYA UMAT ISLAM – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Kelulusan Belanjawan 2021 untuk bacaan kali ketiga disambut dengan penuh rasa syukur oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ujar beliau, kini tiba masa untuk terus bekerja keras demi rakyat.

“Masa untuk terus menggiatkan usaha bekerja untuk rakyat, khususnya umat Islam.

“Saya akan uar-uarkan Kad Laporan Mac hingga Disember 2020 bagi agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri sedikit masa lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya.

Beliau juga memaklumkan menerusi kad laporan itu, rakyat boleh menilai pencapaian keseluruhan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Timbalan Menteri dan seluruh agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri sepanjang Mac hingga Disember 2020.

Hari ini Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat melalui undian belah bahagi dengan 111 Ahli Parlimen menyokong manakala 108 lagi menolak dan satu tidak hadir. — AlHijrah Online

Leave a Reply