PROF. DIRAJA UNGKU AZIZ MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pencetus idea hingga tertubuhnya Lembaga Tabung Haji (TH), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court, ibu negara pada pukul 4.30 petang tadi.

Isteri beliau, Rohayah Ahmad Bahiran memaklumkan jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Selain menjadi individu penting penubuhan TH, Allahyarham turut terlibat dalam penubuhan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Beliau juga satu-satunya individu yang menerima anugerah Profesor Diraja yang merupakan gelaran profesor paling tinggi di Malaysia.

Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar. — AlHijrah Online

Leave a Reply