TH NASIHAT JEMAAH HAJI GUNA e-TAIB, ELAK RUJUK CHATGPT DAN GOOGLE
Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya tidak menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT atau bergantung sepenuhnya kepada carian Google dalam mendapatkan panduan berkaitan hukum-hakam ibadah haji dan umrah.
Gambar pemandangan Menara Jam Makkah setinggi 607 Meter dari permukaan tanah di hadapan Masjidil Haram. —fotoBERNAMA
MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya tidak menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT atau bergantung sepenuhnya kepada carian Google dalam mendapatkan panduan berkaitan hukum-hakam ibadah haji dan umrah.
Sebaliknya, Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Salmah Sheikh Hassan menyarankan jemaah menggunakan perkhidmatan e-Taib sebagai medium rujukan utama, termasuk ketika berada di kawasan Masjidil Haram bagi mendapatkan bimbingan yang sahih dan tepat daripada pembimbing ibadat bertauliah.
“Ini soal ibadah, kita mahu pastikan setiap amal kita sempurna serta mendapat haji yang mabrur, insya-Allah … pernah berlaku situasi jemaah berhenti seketika ketika tawaf, bergerak ke tepi dan menghubungi kami (menerusi e-Taib) kerana was-was sama ada telah melengkapkan tujuh pusingan tawaf atau hanya enam.
“Dalam keadaan begitu, kami (PIHTAS) akan menasihatkan jemaah untuk mengambil kira enam pusingan dan menambah satu lagi pusingan bagi mencukupkan tujuh sekali gus menghilangkan rasa ragu itu,” katanya ketika ditemui media, di sini.
Sistem e-Taib yang ada di dalam aplikasi THhujjaj membolehkan jemaah mengajukan sebarang persoalan menggunakan telefon pintar mereka seperti sistem pesanan WhatsApp kepada PIHTAS.
Salmah berkata secara purata jemaah akan menerima maklum balas terhadap pertanyaan yang dikemukakan menerusi e-Taib dalam tempoh kira-kira lima minit, bergantung kepada kestabilan sambungan Internet pada waktu itu.
“Namun, apabila capaian Internet berada dalam keadaan baik, petugas PIHTAS mampu memberikan maklum balas seawal satu hingga dua minit. Secara purata, pertanyaan jemaah dijawab dalam tempoh kurang 20 minit,” katanya.
Salmah berkata perkhidmatan e-Taib kini dikendalikan empat petugas PIHTAS yang bertugas secara bergilir selama 18 jam sehari, dan menjelang minggu masyair, waktu operasi akan dipanjangkan kepada 24 jam sehari untuk menampung peningkatan jumlah pertanyaan.
“Setakat ini, e-Taib menerima purata lebih 1,000 soalan seminggu dan dijangka boleh mencecah 4,000 pertanyaan daripada jemaah menjelang musim kemuncak ibadah haji, yang mencerminkan keperluan tinggi terhadap bimbingan secara dalam talian dan respons pantas daripada pembimbing bertauliah.
“Sebahagian besar soalan diterima daripada jemaah wanita, khususnya berkaitan isu haid semasa ihram, larangan ihram, bayaran dam, niat di miqat serta pelaksanaan tawaf,” katanya.
Beliau berkata pasukan itu turut dibantu oleh tiga pakar rujuk yang juga ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM), dengan seorang daripada mereka pakar rujuk Timbalan Mufti Perlis Tajul Urus Abdul Halim. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.