Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PBAKL 2025: PAVILION AL-FALAH TAMPIL PELBAGAI AKTIVITI ILMIAH 

DALAM NEGARA

PBAKL 2025: PAVILION AL-FALAH TAMPIL PELBAGAI AKTIVITI ILMIAH 

Kesemua 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berganding tenaga menjayakan Pavilion al-Falah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula semalam hingga 1 Jun ini.

KUALA LUMPUR: Kesemua 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berganding tenaga menjayakan Pavilion al-Falah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula semalam hingga 1 Jun ini.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pavilion al-Falah merupakan ekspo buku dan pameran yang mengetengahkan pelbagai penerbitan serta informasi berkaitan perkhidmatan agensi hal ehwal agama Islam kepada masyarakat umum.

“Penyertaan kesemua agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam PBAKL 2025, satu manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkasakan syiar Islam di negara ini.

“Ia dilaksanakan melalui pembudayaan amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia, selari dengan wahyu pertama yang diturunkan, iaitu tuntutan membaca,” menurut kenyataan itu.

Pavilion al-Falah menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat sepanjang pesta berlangsung, antaranya pameran, pelancaran buku baharu, resensi buku, sesi bersama penulis buku, sesi bicara penulisan, dan forum ilmiah.

Majlis perasmian Pavilion al-Falah serta pelancaran 22 buku baharu terbitan agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama itu akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada 11 pagi 27 Mei di Pentas Utama PBAKL, Aras 2, WTCKL.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Pavilion al-Falah @ PBAKL 2025 yang dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading