LIMA TERUS DITAMBAH BAIK UNTUK JADI ACARA BERPRESTIJ NEGARA
Kementerian Pertahanan akan terus menambah baik acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) untuk menjadikannya kekal sebagai acara dwitahunan yang berprestij untuk negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan ucapan penutup Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini. –fotoBERNAMA
LANGKAWI: Kementerian Pertahanan akan terus menambah baik acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) untuk menjadikannya kekal sebagai acara dwitahunan yang berprestij untuk negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpuas hati dengan penganjuran pada tahun ini, terutama apabila ia turut mendapat pujian dan maklum balas positif daripada wakil peserta antarabangsa.
“Mereka memuji penganjuran LIMA edisi ke-17 ini, mereka kata LIMA 2025 lebih baik, lebih lancar dan lebih teratur dan mereka mendapat maklumat lebih awal dan lebih tersusun,” katanya semasa berucap pada majlis penutup LIMA 2025 di sini hari ini.
Beliau berkata acara LIMA bukan sahaja sebuah pameran dan pertunjukan aset pertahanan semata-mata, tetapi mempunyai makna dan matlamat yang jauh lebih besar serta komprehensif.
LIMA menjadi arena mewujudkan rasa bangga dan simbol kepada negara yang berupaya menganjurkan satu pameran bertaraf antarabangsa.
Selain itu, beliau berkata LIMA juga satu platform bagi kerajaan dan negara mengikuti perkembangan dalam sektor pertahanan yang boleh membawa manfaat dalam bentuk kesiagaan pertahanan negara.
“LIMA juga peluang bagi kita menyampaikan kepada rakyat, apabila mereka hadir, sama-sama melihat pameran yang disediakan, maka akan timbul rasa hormat, sokongan dan kefahaman bahawa kebebasan, keamanan dan keselamatan yang mereka nikmati hari ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh pasukan angkatan tentera dan pasukan keselamatan kita,” katanya.
Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata LIMA juga menjadi platform mempamerkan aspek kepentingan dan keunggulan teknologi.
“LIMA juga instrumen diplomasi pertahanan yakni peluang digunakan untuk kita bertemu dengan negara-negara lain, negara sahabat yang ingin mewujudkan hubungan lebih rapat dan baik dengan kita,” katanya.
Beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh pihak yang terlibat menjayakan LIMA pada tahun ini, terutama dalam memastikan acara itu berjalan lancar dan tersusun. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.