KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia di Arab Saudi dijangkiti cacar monyet setakat ini.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel Transformasi Strategi Dan Memperkasa Penjagaan Autisme di sini hari ini, beliau berkata setakat pengetahuan pihak Kementerian Kesihatan (KKM), jemaah haji Malaysia di Tanah Suci berada dalam keadaan baik.
Mengenai kes cacar monyet di Singapura, katanya maklumat yang diterima KKM mendapati terdapat tiga kes jangkitan tempatan penyakit berkenaan dikesan di negara jiran itu dengan satu daripadanya ada sejarah perjalanan ke Malaysia.
Sementara itu, mengulas pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19, Khairy berkata buat masa ini ia cuma disyorkan kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan individu yang mempunyai masalah penyakit kronik atau komorbid berusia 18 tahun ke atas.
Mengenai terdapat mereka yang berumur di bawah 60 tahun datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mendapatkan dos penggalak kedua menggunakan alasan ingin mengembara ke luar negara, beliau berkata tidak ada keperluan untuk mereka berbuat demikian.
“Pandangan TWG (kumpulan kerja teknikal) adalah buat masa ini tiada keperluan untuk mereka yang berusia 60 tahun ke bawah yang sihat menerima dos kedua, tetapi KKM tidak menghalang sekiranya mereka mengaku hendak mengembara ke luar negara,” katanya.
Berhubung hampir tujuh juta rakyat dewasa Malaysia belum terima dos penggalak pula, beliau menasihatkan mereka supaya berbuat demikian bagi mengurangkan kesan serius jangkitan COVID-19 termasuk kematian.
“Bagi golongan dewasa dan belum dapat dos penggalak pertama, saya merayu dan galakkan anda menerima dos penggalak kerana kita berdepan dengan gelombang BA.5 sekarang,” katanya.
Mengenai pengambilan ubat anti viral Paxlovid, Khairy berkata mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai gejala ringan ataupun kategori 2 dan 3 boleh mengambil ubat itu tetapi masih perlukan penilaian doktor.
“Jika berusia 60 tahun ke atas dan pakar perubatan keluarga buat penilaian dan layak terima, mereka akan terima Paxlovid. Senarai fasiliti kesihatan yang membekalkannya boleh didapati di covid-19.moh.gov.my,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.