Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIJERUT IBU

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIJERUT IBU

BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun ditemui maut di sebuah kediaman di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian pada pukul 4.55 petang itu, mangsa dipercayai dijerut oleh ibunya di bahagian leher sehingga maut.

Katanya mangsa yang merupakan anak sulung dari enam beradik itu ditemui dengan kesan luka di dahi dan kesan jerutan di bahagian leher.

Ibu mangsa yang berumur 34 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut berikutan terdapat fakta yang bercanggah antara kenyataan saksi dan suspek.

“Kes ini berlaku apabila ibu mangsa membuat laporan anaknya berumur 11 tahun menggantung diri. Kemudian kita mendapat maklumat dan menghantar pasukan ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan daripada pegawai penyiasat kita kenal pasti kematian tersebut ada keraguan daripada apa yang dikatakan ibu mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Menurut Kamarul lagi, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat dan dibenarkan untuk ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Julai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading