Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK TIMBUL ISU SUKAR PEROLEH SIJIL HALAL: MUJAHID

DALAM NEGARA

TIDAK TIMBUL ISU SUKAR PEROLEH SIJIL HALAL: MUJAHID

IPOH: Tidak timbul isu kesukaran dalam proses permohonan atau pembaharuan pensijilan halal atas talian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) menyediakan pelbagai kaedah sebagai pemudah cara, selain mengendalikannya dalam talian tanpa mengenepikan soal kualiti pensijilan.

Katanya, antara kaedah lain termasuk pengenalan program ‘build in system’ yang melatih pengurusan syarikat dan premis memahami kaedah pensijilan halal.

“Isu mengatakan ia susah dan sebagainya sepatutnya tidak timbul kerana di peringkat negeri lagi mereka boleh mendaftar secara atas talian.

“Segala keperluan akan disiapkan untuk dibawa ke peringkat persekutuan sebelum diproses dan diberikan kelulusan,” katanya kepada pemberita di Karnival Ummatic 2.0 anjuran bersama Masjid Muhammad Al Fateh, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Kerajaan Negeri Perak di Masjid Muhammad Al Fateh di sini semalam.

Mujahid berkata setiap syarikat dan pengeluar produk memohon pensijilan halal tetap perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi menjaga kualiti sijil daripada disalah guna.

Ketika ini, wujud pihak tertentu yang secara sengaja memburukkan dan menyalah guna tanda halal untuk kepentingan sendiri.

Mengulas mengenai Karnival Ummatic 2.0, Mujahid berkata, penganjuran program tiga hari itu perlu dicontohi masjid di seluruh negara agar institusi agama itu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading