Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA EKOR BUAYA MUNCUL DARI BAWAH TANAH

DUNIA

TIGA EKOR BUAYA MUNCUL DARI BAWAH TANAH

Penduduk di sebuah kawasan perumahan di New Delhi dikejutkan dengan kemunculan tiga ekor buaya yang masih hidup dari bawah tanah.

NEW DELHI: Penduduk di sebuah kawasan perumahan di New Delhi dikejutkan dengan kemunculan tiga ekor buaya yang masih hidup dari bawah tanah.

Sebelum itu, penduduk mendakwa sering terdengar bunyi aneh dari kawasan kaki lima yang sudah retak sebelum reptilia berkenaan keluar satu persatu.

Detik cemas itu sempat dirakam dan meraih lebih 930,000 tontonan di Instagram.

Menerusi klip video yang tular itu, orang ramai berkumpul untuk menangkap reptilia terbabit dengan menggunakan alat untuk menjerut kepala buaya berkenaan.

Ketika sedang bergelut dengan reptilia tersebut, seekor lagi buaya keluar dari retakan simen dan terlepas.

Sementara itu, buaya ketiga masih tidak bergerak, tertimbus di bawah simen dan hanya menunjukkan ekornya.

Ketiga-tiga reptilia terbabit dipercayai terperangkap dan cuba mencari jalan keluar.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading