Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT TERBUNUH DALAM SERANGAN DI MASJID DI IRAN

DUNIA

EMPAT TERBUNUH DALAM SERANGAN DI MASJID DI IRAN

Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Sumber Gambar: AFP

TEHRAN: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.

Tujuh lagi cedera dalam serangan itu dan dua pekerja masjid serta dua jemaah adalah antara yang terbunuh. 

Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pada Oktober 2022, serangan serupa di masjid itu membunuh 13 orang dan mencederakan lebih 20 yang lain.

Berikutan serangan pada Ahad lepas, pasukan keselamatan Iran menutup semua laluan masuk ke masjid dan mengepung kawasan itu.

Laporan awal mengenal pasti dua pengganas terlibat dalam serangan itu, dengan seorangnya berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading