Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MAUT KERETA HILANG KAWALAN LANGGAR POKOK

DALAM NEGARA

TIGA MAUT KERETA HILANG KAWALAN LANGGAR POKOK

Tiga individu maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki disyaki hilang kawalan sebelum melanggar pokok di Jalan Deshon, Sibu.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan. Foto: PGO Sarawak

SIBU: Tiga individu maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki disyaki hilang kawalan sebelum melanggar pokok di Jalan Deshon, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Allie berkata mereka yang meninggal dunia ialah dua lelaki, Tiong Meng Eng, 32, dan Bryan Lau Pick Sing, 27, serta seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya.

“Seorang mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Camelia Lee Mei Kee, 23, yang berada dalam keadaan separuh sedar dan dihantar ke Hospital Sibu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada 11.34 pagi dan sebuah jentera bersama 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah digegaskan ke lokasi kejadian.

Katanya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading