TIGA TERMASUK DUA REMAJA DIBERKAS CURI MOTOSIKAL UNTUK BERGAYA PADA AIDILFITRI
Tindakan tiga lelaki termasuk dua remaja sanggup mencuri motosikal jenis Honda EX5 untuk bergaya pada sambutan Aidilfitri membawa padah apabila berjaya ditahan di sekitar Kangkar Pulai, di sini, pada 1 Mei lalu.
Sumber Gambar: Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI: Tindakan tiga lelaki termasuk dua remaja sanggup mencuri motosikal jenis Honda EX5 untuk bergaya pada sambutan Aidilfitri membawa padah apabila berjaya ditahan di sekitar Kangkar Pulai, di sini, pada 1 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin, berkata kesemua individu berusia 14,17 dan 21 tahun itu diberkas pada jam 7.50 malam susulan laporan kes kecurian motosikal di sebuah kawasan pangsapuri di Kangkar Pulai pada 18 April lalu.
“Hasil tangkapan kita berjaya merampas tiga buah motosikal jenis Honda EX5, namun hasil siasatan mendapati ketiga-tiga individu ini tidak mempunyai rekod lampau.
“Motosikal yang dicuri ini dipercayai adalah untuk kegunaan sendiri semasa perayaan Aidilfitri,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata tiga suspek berkenaan bergiat aktif mencuri motosikal sejak bulan lalu terutama di kawasan pangsapuri dan masjid.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Rahmat berkata pihaknya menahan pasangan kekasih dan seorang lelaki kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan kecurian kereta, Sabtu lalu.
Beliau berkata pasangan kekasih berusia 31 dan 26 tahun serta rakan lelaki berusia 36 itu ditahan di sekitar Tampoi dan Larkin di Johor Bahru pada jam 8.30 pagi.
Rahmat berkata penahanan itu berjaya dibuat selepas menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang memaklumkan rumah ibunya di Taman Bukit Indah dimasuki orang pada 2 dan 3 Mei lepas.
Menurutnya, semakan mendapati tiga kereta yang dirampas itu mendapati dua daripadanya mempunyai rekod hilang dalam kes pecah rumah, manakala sebuah lagi buah dipercayai kenderaan yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah itu.
Rahmat berkata pasangan kekasih itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau dan positif methamphetamine, manakala rakannya mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan dadah, namun ujian saringan awal air kencing adalah negatif.
Beliau berkata kesemua individu itu direman selama lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 457/379 A Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests