CUACA PANAS: BIASA JEMUR IKAN BILIS DUA HARI, KINI HANYA BEBERAPA JAM
KUALA NERUS: Fenomena cuaca panas pada masa ini sememangnya memberi impak kurang menyenangkan, namun hikmah tersembunyi dirasai segelintir individu yang bergantung kepada cuaca panas dalam mencari rezeki.
Pengusaha hasil laut, Muhammad Aimy Shahril Mat Ali, 22, menjemur ikan bilis semasa tinjauan di Kampung Hujung Tanjung, Seberang Takir, hari ini.
KUALA NERUS: Fenomena cuaca panas pada masa ini sememangnya memberi impak kurang menyenangkan, namun hikmah tersembunyi dirasai segelintir individu yang bergantung kepada cuaca panas dalam mencari rezeki.
Seorang pengusaha ikan bilis kering dan belacan, Muhammad Aimy Shahril, 22, dari Kampung Hujung Tanjung dekat sini berkata cuaca panas memberi peluang kepadanya untuk menggandakan pengeluaran produknya kerana ia mampu dihasilkan dalam tempoh lebih singkat.
“Cuaca panas membantu mempercepat proses pengeringan produk hasil laut seperti belacan dan ikan bilis kering, yang biasanya mengambil masa sehingga dua hari untuk benar-benar kering.
“Bagi kami, musim panas umpama satu rahmat kerana produk dapat dikeluarkan dengan lebih banyak berbanding hari biasa. Dengan cuaca panas seperti sekarang, lima atau enam jam sudah cukup untuk ikan bilis dan belacan betul-betul kering,” katanya.
Muhammad Aimy yang mewarisi perusahaan itu daripada arwah bapanya, Mat Ali Sulong yang memulakan perusahaan itu sejak 30 tahun lepas ditemui Bernama di bengkelnya di Kampung Hujung Tanjung, Seberang Takir dekat sini hari ini.
Menurut Muhammad Aimy walaupun terdapat kaedah lain untuk mempercepat proses pengeringan seperti menggunakan mesin pengering, teknik jemuran di bawah cahaya matahari jauh lebih baik kerana produk mampu bertahan lebih lama.
Katanya kebiasaannya setiap bulan dia mampu memproses kira-kira dua tan ikan bilis yang diedarkan untuk pasaran dalam Terengganu dan dijual pada harga bermula RM28 sekilogram.
“Pengeluaran bergantung kepada hasil tangkapan ikan bilis. Sebagai contoh musim sekarang memang banyak ikan bilis di perairan Kuala Terengganu dan boleh mencecah lebih 100 kilogram sehari.
“Untuk belacan pula, setiap hari kami mampu keluarkan sehingga 200 keping sehari dan itu pun masih tidak cukup untuk menampung pasaran dalam negeri,” katanya.
Muhammad Aimy berkata musim panas yang dijangka berpanjangan sehingga Ogos juga membolehkannya memproses lebih banyak hasil laut untuk disimpan sebagai stok jualan pada musim tengkujuh. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
Anonymous
26 April 2025 at 10:21 AM
boleh beri hp
Anonymous
26 April 2025 at 10:25 AM
boleh beri hp no. muhammad aimy shaharil kepada kami aman2018@aol.com