Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TINDAKAN JUAL MAKANAN HANGIT, BASI ADALAH HARAM – MUFTI PULAU PINANG

DALAM NEGARA

TINDAKAN JUAL MAKANAN HANGIT, BASI ADALAH HARAM – MUFTI PULAU PINANG

GEORGETOWN: Tindakan peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti termasuk hangit serta basi hukumnya adalah haram kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Gambar Hiasan. — Bernama

GEORGETOWN: Tindakan peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti termasuk hangit serta basi hukumnya adalah haram kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau menjelaskan, tindakan itu bukan sahaja terpalit dalam penipuan transaksi jual beli malah ia termasuk dalam pengertian memakan harta orang secara salah.

“Terdapat juga hadis yang bermaksud sesiapa yang menipu barang-barang jualannya maka dia bukan umat kami.

“Jadi saya menyeru peniaga supaya bertimbang rasa terhadap pembeli dan janganlah mengambil kesempatan daripada keperluan orang ramai terutama makanan bagi dimakan ketika berbuka puasa.

“Selain itu, bulan Ramadan adalah peluang keemasan bagi peniaga mencari pahala daripada Allah SWT,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Kenyataan dikeluarkan Wan Salim susulan beberapa perkongsian orang ramai di media sosial berhubung kualiti makanan yang dijual peniaga terutama di bazar Ramadan serta harga yang mahal. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading