Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TINGGAL DI MALAYSIA TANPA PERMIT SAH, 158 PATI DITAHAN

DALAM NEGARA

TINGGAL DI MALAYSIA TANPA PERMIT SAH, 158 PATI DITAHAN

Tambah Meor Hezbullah, kesemua PATI yang ditahan didapati tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal melebih tempoh yang dibenarkan.

IPOH: Seramai 358 warga asing yang sedang nyenyak tidur selain leka menyediakan sahur telah digempur dalam satu serbuan di Rumah Pangsa Bercham, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, seramai 158 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam operasi Op Pintu yang bermula kira-kira 1 hingga 3 pagi itu.

“Daripada 158 orang yang ditahan 93 orang adalah lelaki, 54 perempuan manakala kanak-kanak lelaki seramai lapan orang dan kanak-kanak perempuan tiga orang.

“Mereka terdiri daripada warganegara Bangladesh, Indonesia, China serta Vietnam dan purata umur yang ditangkap adalah antara sembilan hingga 60 puluh tahun,” katanya.

Tambah Meor Hezbullah, kesemua PATI yang ditahan didapati tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal melebih tempoh yang dibenarkan.

Dalam operasi tersebut, terdapat beberapa PATI yang enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali hingga memaksa anggota terlibat memotong kunci dan memecah masuk kediaman yang disyaki terdapat warga asing di dalamnya.

Ada pendatang tanpa izin yang cuba menyembunyikan diri dengan mengunci diri dalam bilik atau bersembunyi dalam stor.

Operasi itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Perak dan anggota Pasukan Gerak Am Ulu Kinta telah memeriksa kira-kira 560 unit rumah diperiksa melibatkan 15 blok yang dihuni lebih 80 peratus warga asing.

Difahamkan sewa yang murah sekitar RM300 serta lokasi berdekatan dengan pasaraya menjadi pilihan kepada warga asing untuk tinggal di kawasan terbabit.

Dalam pada itu Meor Hezbullah memberi peringatan kepada pemilik rumah warga tempatan supaya tidak menyewakan unit rumah mereka kepada PATI.

Menurutnya ini kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan mereka didakwa di bawah Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading