TINGKATAN ENAM TIDAK HARUS TERIKAT DENGAN PERATURAN SEKOLAH
suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.
NILAI: Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.
“Saya akan bawa ke Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya Tingkatan Enam itu tidak dilayan seperti sekolah, budaya, suasananya itu. Saya setuju sebab saya pun ikuti Tingkatan Enam.
“Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah,” katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Anwar berkata ramai pelajar Tingkatan Enam telah mengeluh mengenai peraturan dan budaya serta mengusulkan agar ia diubah pada sesi dialog sebelum ini.
Mengulas mengenai cadangan untuk menukar kurikulum Tingkatan Enam daripada kaedah semester, Anwar berkata perkara tersebut harus dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan termasuk guru dan pelajar.
Sementara itu, Perdana Menteri meminta pimpinan universiti agar merombak kurikulum berkaitan cabang ilmu baharu seperti Teknologi Digital, kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT) dengan cepat mengikut perubahan semasa jika Malaysia ingin menjadi negara kelas pertama.
“Ia tidak boleh tunggu Convention Board of Studies, tunggu dua tahun kajian dan bawa ke Senat. Tidak boleh. Perubahan harus cepat dan pantas,” katanya.
Berkongsi mengenai pengalaman mengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown, Washington, beliau berkata kepantasan mereka dalam transformasi pendidikan begitu cepat.
Selain itu, beliau berkata latihan daripada pihak industri juga diperlukan supaya tidak berlaku ketakserasian dan tidak terlalu bergantung pada kurikulum lama sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran.
“Sebab itu, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) sekarang Petronas ambil sebahagian TVET di Batu Rakit, Kimanis dan Pengerang; Proton ambil alih TVET di Pekan dan beberapa syarikat besar lain ambil alih,” katanya.
Beliau juga memberitahu graduan negara ini mempunyai kemahiran yang luar biasa, justeru kerajaan akan memastikan kapasiti turut meningkat agar selari dengan keperluan industri.
Sementara itu menjawab tentang pengangguran, Anwar berkata memang terdapat penurunan kadar pengangguran di negara ini tetapi bukan bermakna masalah pengangguran selesai terutamanya melibatkan siswazah.
Justeru kata Anwar pelaburan kena masuk, kerajaan mesti stabil dan dasar juga perlu jelas untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengurangkan tekanan masalah pengangguran.
“Cara penyelesaiannya, kerajaan perlu mencari jalan mendapat pelaburan, contohnya Geely (Syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, ia membuka peluang 4,000 pekerjaan, dalam pertemuan kita bersama Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas, kita diminta diberi sedikit latihan tambahan.
“Mengikut (respons) Amazon dan Geely, kita mempunya tenaga kerja yang mahir cuma peringkat tertinggi, kemahiran itu masih ada kekurangan. Saya ada berbincang dengan Menteri KPT (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh syarikat ini,” katanya.
Menjawap soalan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya diperbanyakkan stesen pengecasan bagi penggunaan kenderaan elektrik EV, Anwar berkata sebaik sahaja ada pengeluaran EV yang banyak maka kesediaan dari segi stesen pengecasan itu akan ditingkatkan.
“Itu dipanggil transisi tenaga, pada Isnin ini Petronas akan mengadakan satu persidangan antarabangsa yang besar dan di situ saya akan memberikan beberapa gagasan utama tentang dasar kita mengenai transisi tenaga di Malaysia termasuk soal EV,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata Sarawak antara negeri paling tangkas dalam membuat rencana mendepani isu digital, penggunaan hidrogen dan EV.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests