Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNIVERSITI ANJUR KONSERT TANPA KEBENARAN DIKOMPAUN RM25,000

DALAM NEGARA

UNIVERSITI ANJUR KONSERT TANPA KEBENARAN DIKOMPAUN RM25,000

Siasatan juga mendapati konsert tanpa kebenaran itu tiada permohonan permit dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab.

Tangkap layar video tular.

KUALA NERUS: Sebuah universiti awam di Terengganu yang tular baru-baru ini kerana menganjurkan konsert tanpa kebenaran, dikompaun RM25,000.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, notis kompaun itu sudah diserahkan kepada pengurusan universiti itu pada minggu lalu dengan tindakan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002.

Katanya siasatan juga mendapati konsert tanpa kebenaran itu tiada permohonan permit dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab.

“Pengurusan UA terbabit diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika gagal berbuat demikian,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Terdahulu tular sebuah video memaparkan satu konsert tanpa pengasingan tempat duduk antara lelaki dan wanita yang dikatakan di dalam dewan sebuah IPTA di Terengganu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading