Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TNB SAHKAN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK, SEDANG KENAL PASTI PUNCA

DALAM NEGARA

TNB SAHKAN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK, SEDANG KENAL PASTI PUNCA

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak jam 12:39 tengahari.

Gambar tular gangguan bekalan elektrik di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak jam 12:39 tengahari.

Gangguan itu melibatkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Menurut kenyataan TNB, antara kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

“Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang.

“Punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan,” kata kenyataan itu.

TNB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan tersebut.

Sebelum ini warga net di beberapa kawasan berkongsi maklumat berhubung gangguan bekalan elektrik.

Turut tular beberapa keping gambar pusat beli-belah di ibu negara yang bergelap kerana masalah terputus bekalan elektrik. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading