More in UTAMA
-
DALAM NEGARA
JANGAN TERAGAK-AGAK LEPASKAN TEMBAKAN JIKA DIANCAM – KETUA POLIS KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan kesiapsiagaan anggota di lapangan penting bagi mengelakkan kejadian...
-
DALAM NEGARA
HANYA RM50, MYKOMUTER50 TAWAR PERJALANAN TANPA HAD 30 HARI
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan Pas MyKomuter50 yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari...
-
DUNIA
DUA KAPAL TANGKI MINYAK MELETUP DI SELAT HORMUZ
IRGC turut memberi amaran bahawa “mana-mana kapal di Teluk Parsi atau Selat Hormuz yang mematikan sistem...
-
DALAM NEGARA
MAYAT WANITA TANPA PAKAIAN DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI
Mayat seorang wanita tanpa pakaian dan hampir mereput ditemukan terapung di sungai berhampiran Pekan Lama, Sungai...
-
DALAM NEGARA
POLIS BURU DUA LELAKI SAMUN KEDAI EMAS
Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Batu Enam sebelum melarikan...

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak akan menjejaskan penyatuan ASEAN sebagai satu komuniti tunggal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata terdapat banyak perbincangan yang dijalankan dalam kalangan negara ASEAN bagi menyebarkan maklumat berkenaan cabaran dan peluang yang ditawarkan oleh TPP.
“Ada juga hasrat dalam kalangan negara ASEAN yang belum lagi menjadi anggota TPP untuk mengetahui apa itu TPP dan kita telah beri taklimat pada mereka pada Mac lalu semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN,” katanya kepada pemberita di Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2016 di sini hari ini.Mustapa adalah antara ahli panel pada forum berkenaan.
Menurut Mustapa lagi, satu bengkel mengenai TPP akan diadakan di Filipina tahun ini bagi membolehkan negara-negara TPP dalam ASEAN memberikan lebih kefahaman kepada negara lain yang masih belum menjadi anggota TPP. Beliau berkata usaha berkenaan merupakan sebahagian komitmen ASEAN untuk terus mengintegrasikan ekonomi di rantau ini seiring dengan Pelan Induk 2016-2025 yang menyasarkan rantau ini sebagai ekonomi tunggal.
Forum dua hari bertemakan “Membentuk Agenda ASEAN bagi Rangkuman dan Pertumbuhan” disertai oleh 587 peserta termasuk para pemimpin negara dan ketua industri khususnya dari Malaysia serta rantau ini.
Forum berkenaan menjadi platform bagi melahirkan idea dan dasar baharu yang boleh membantu memulihkan ekonomi global.
BERNAMA